Tuesday 26 June 2012

Tawakkal

Alhamdulillah,selesai sudah final exam utk sem 4..pejam celik,pejam celik, dh nk masuk tahun 3..Allah,cepatnya masa berlalu..cuti 2 bulan sudah bermula..hehe,hooray ! Tapi xleh nak seronok sgt,sbb result lom kuar..hah cite sal result ni,nk kaitkan lh cket ngn tawakal..pernah dengar tawakul? Emm,actually tawakal dan tawakul adalah benda yg sangat berbeza..tawakal ialah kita berserah kpd Allah,setelah kita berusaha..tapi tawakul adalah sbaliknya,kita berserah pada Allah,tp kita xberusaha..so,rasa2 nya,Allah nk bg kita kejayaan ke? Emm,copy dr status sahabat "ingat,natijah Allah dah sediakan untuk kita, yang penting niat kita study sebab Allah..sebab Allah suka orang yang berusaha sebaik mungkin dalam semua perkara"
So,ble kita dh berusaha,bertawakal lh kpdNya..(( faiza 'azamta fatwakkal 'ala Allah ))..skang ni masanya untuk kita bertawakal kpd Allah,menyerahkan segalanya kepada Dia..Allah thu mcm mne kita berusaha,maka Dia akan memberikan yg terbaik utk kita..bykkanlah berdoa agar dilembutkan hati2 pensyarah kita saat mereka menanda kertas2 kita..sesungguhnya hati manusia tu Allah yg pegang,jadi mintalah padaNya..
Ilmu kita bukan terletak pada pointer,mungkin ada yg 4 flat setiap sem,tp belajarnya hanyalah kerana periksa..apa gunanya pointer yg membanggakan setiap sem andai kejayaannya itu langsung tidak menyumbang kepada agama..Allah3,jauhkanlah kami dari sifat itu..na'uzubillah..kita belajar kerana Allah,bukan kerana periksa..agar ilmu yang kita dapat itu dapat menyumbang kepada islam..Semoga kejayaan kita dapat memberi sumbangan kepada Islam..aamiin..

Wednesday 2 November 2011

Put your trust in ALLAH



"put your trust in ALLAH if you are believers indeed" (5:23)
"dan berserahlah kepada ALLAH jika kamu orang yang beriman sesungguhnya"

sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, kita seharusnya percaya pada qada' dan qadar NYA,yang merupakan rukun iman ke6. kita sebagai hamba hendaklah berserah padaNYA,sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala sesuatu. segala ujian dan nikmat yang diberi olehNYA pasti ada hikmah di sebaliknya. percayalah duhai sahabat, jika kita memandang positif akan segala ujian yang dilalui,insyaALLAH, hati pasti akan mensyukuri segala nikmat dan ujianNYA. janganlah kita menyalahkan ALLAH kerana menurunkan ujian yang kita rasa tidak mampu untuk menempuhinya..ingatlah wahai sahabat....




" لا يكلّف اللّه نفسا إلاّ وسعها "
"ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuannya "

percayalah janji ALLAH,,segala ujian yang diturunkan pada kita bermakna kita mampu melaluinya..janganlah selalu berkata 'aku lemah,aku tidak kuat,aku xmampu nak lalui semua ni'..percayalah sayang,kita pasti kuat menempuhi ujianNYA..andai terasa lemah,mengadulah pada ALLAH merintih lah padaNYA.DIA amat merindukan rintihan hambaNYA,kerana itulah dia menurunkan ujian..ujian ALLAH terhadap hambaNYA tanda sayang dan rinduNYA pada kita..cintailah ALLAH lebih dari segalanya,kerana kamu pasti tidak akan kecewa,kerana tiada cinta setenang bercinta denganNYA..

Friday 28 October 2011

i love ALLAH




Suatu masa nanti, engkau akan menyedari hakikat kasih sayangNya, bukan terletak hanya nikmatNYA padamu, tetapi jua pada ujian yang diberikan.
Suatu ketika nanti, engkau akan bersyukur, ditaklifkan dengan amanah yang terkadang membuatkan engkau ingin sahaja berhenti, kerana amanah itu sebenarnya adalah sebuah hadiah dariNYA untuk melatihmu bertanggungjawab.
Suatu saat nanti, engkau akan tersenyum apabila mengenangkan kesakitan2 yang kau rasai kini, kerana ia bakal menjaddi episod semalam yang membuatkan engkau kenal akan erti ketabahan.

Duhai sahabat,
Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang dan yang menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan dia tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang selalunya lebuh lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..

Ya ALLAH,,aku bersyukur atas segala nikmat dan ujianMU..aku tahu bahawa ENGKAU terlalu menyayangi hambaMU ini..ENGKAU rindu akan rintihan hati ini,,dan saat itulah,kau turunkan ujian agar diri ini mengadu dan merintih hanya padaMU..Ya ALLAH,KAU istiqomahlah kami dalam mencari redhaMU..