Friday 28 October 2011

i love ALLAH




Suatu masa nanti, engkau akan menyedari hakikat kasih sayangNya, bukan terletak hanya nikmatNYA padamu, tetapi jua pada ujian yang diberikan.
Suatu ketika nanti, engkau akan bersyukur, ditaklifkan dengan amanah yang terkadang membuatkan engkau ingin sahaja berhenti, kerana amanah itu sebenarnya adalah sebuah hadiah dariNYA untuk melatihmu bertanggungjawab.
Suatu saat nanti, engkau akan tersenyum apabila mengenangkan kesakitan2 yang kau rasai kini, kerana ia bakal menjaddi episod semalam yang membuatkan engkau kenal akan erti ketabahan.

Duhai sahabat,
Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang dan yang menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan DIA sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, bukan dia tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang selalunya lebuh lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA..

Ya ALLAH,,aku bersyukur atas segala nikmat dan ujianMU..aku tahu bahawa ENGKAU terlalu menyayangi hambaMU ini..ENGKAU rindu akan rintihan hati ini,,dan saat itulah,kau turunkan ujian agar diri ini mengadu dan merintih hanya padaMU..Ya ALLAH,KAU istiqomahlah kami dalam mencari redhaMU..

No comments:

Post a Comment